Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)
PEJABAT BENDAHARI
PEJABAT BENDAHARI UNIQSAAS KM 8, JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN
09-553 5555
Visi
Berazam menjadi pusat perkhidmatan kewangan yang dinamik bagi menyokong visi dan misi UNIQSAAS.
Misi
Memberi perkhidmatan kewangan yang berkualiti, telus, cekap dan berintegriti serta menjadi pusat rujukan dalam urusan kewangan bagi menyokong semua aktiviti UNIQSAAS.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan dan pengurusan kewangan berkualiti berlandaskan Islam dan bersesuaian dengan keperluan semasa.
-
- Meningkatkan profesionalisme warga kerja UNIQSAAS melalui program pembangunan kualiti dan pengurusan sumber manusia termasuk latihan dan kompetensi kakitangan.
- Menyediakan peruntukan kewangan yang efisien dalam pentadbiran UNIQSAAS.
- Menjadikan Pejabat Bendahari sebagai pusat rujukan kepada para pelanggan.
- Menguruskan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.
Skop Jabatan
- Untuk pelanggan utama yang berurusan dengan UNIQSAAS.
- Untuk kakitangan dan kumpulan berkepentingan (stakeholders).
- Untuk badan berkepentingan yang berkaitan dengan tadbir urus UNIQSAAS.
Unit Pembiayaan Kewangan Pelajar & Kawalan Kredit
Fungsi Unit
- Mengurus tuntutan dan terimaan biasiswa dari penaja
- Mengurus dan mengemaskini caj dan bayaran ke Sistem Akaun Pelajar
- Mengurus pembayaran kepada pelajar (tuntutan yuran, lebihan, biasiswa, tabung pinjaman, kebajikan dan deposit)
- Mengurus pembayaran yang melibatkan pelajar.
- Menguatkuasakan kawalan kredit.
Objektif Kualiti
- Bayaran dari penaja dikemaskini ke Sistem ekampus dalam tempoh satu (1) bulan
- Lebihan bayaran dari penaja dikemaskini ke akaun pelajar dalm tempoh tujuh (1) bulan
- Aduan dari pelajar/pelanggan diberi maklumbalas/diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.
- Pembayaran yang melibatkan pelajar dibuat dalam tempoh empat (30) hari bekerja setelah dokumen lengkap diterima.
- Tindakan susulan ke atas hutang Universiti akan diambil selepas 30 hari dari tarikh invois.
Unit Bayaran
Fungsi Unit
- Menerima Daftar Bil dan dokumen sokongan yang telah disahkan dari Pusat Tanggungjawab.
- Mengurus dan memproses semua jenis pembayaran kepada pelanggan mengikut tatacara kewangan UNIQSAAS.
- Menyedia dan mengemukakan Laporan Mingguan, Bulanan dan tahunan untuk Mesyuarat Pengurusan KU, Mesyuarat Lembaga Pengelola dan Mesyuarat Lembaga Pengarah.
- Membuat bayaran gaji dan elaun bulanan
Unit Belanjawan
Fungsi Unit
- Menyediakan anggaran belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan untuk kelulusan Lembaga Pengarah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
- Membuat agihan peruntukan belanja mengurus untuk setiap Pusat Tanggungjawab
- Mengawal perbelanjaan mengikut peruntukan yang diluluskan dan memastikan segala tanggungan UNIQSAAS adalah berpandukan dasar-dasar kewangan.
- Mengurus pindahan/tambahan peruntukan apabila memerima permohonan dari Pusat Tanggungjawab.
- Menyedia laporan pindahan peruntukan setiap suku tahun untuk kelulusan.
- Menyedia laporan untuk edaran dan rujukan.
Unit Akaun
Fungsi Unit
- Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan.
- Menyediakan Laporan Imbangan Duga setiap bulan dan memastikan laporan-laporan tersebut dikemaskini.
Unit Pentadbiran
Fungsi Unit
- Mengurus mengenai surat-menyurat Jabatan Bendahari.
- Mengurus mengenai hal ehwal kakitangan dan Mesyuarat Jabatan.
Unit Pinjaman, Subsidiari & Kawalan Kredit
Fungsi Unit
- Memproses permohonan, mendapatkan kelulusan serta membuat pembayaran bagi kenderaan dan komputer.
- Membuat pembayaran pendahuluan kepada kakitangan.
- Mengendalikan akaun-akaun subsidiari semua jenis penghutang.
- Pendahuluan staf akan diproses dan dihantar kepada Unit Bayaran dalam tempoh dua (2) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
- Pelarasan pendahuluan staf akan dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyata diterima.
Unit Perolehan & Aset
Fungsi Unit
- Menguruskan semua perolehan Universiti.
- Mewujudkan daftar maklumat pembekal dan pekeliling Kontrak Perbendaharaan.
- Mengendalikan surat perjanjian dan kontrak.
- Menyedia dan mengeluarkan laporan/maklumat untuk edaran dan rujukan semua Pusat Tanggungjawab.
- Mengemaskini dan menyimpan daftar aset tetap dan inventori.
- Menguruskan insuran perlindungan harta benda Universiti.


