+609 553 5555        pro@uniqsaas.edu.my

Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

JABATAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

SECARA UMUM

  • Menjalankan kajian dan merangka dasar-dasar baru pembangunan sumber
    maklumat dan ICT;

  • Mengkaji dan merangka pelan strategik jangka pendek, panjang dan tahunan
    pembangunan program ICT; dan

  • Merancang dan menyelaras keperluan pengkomputeran UNIQSAAS

  • Keselamatan dan pengurusan pentadbiran bagi menyokong dan menjalankan pengoperasian ICT di UNIQSAAS.

JABATAN PENGURUSAN TEKNOLOGI MAKLUMAT (UNIQSAAS) KM 8, JALAN GAMBANG, 25150 KUANTAN

09-553 5555

Carta Organisasi JPTM

Objektif

Menyokong perkhidmatan teras UNIQSAAS iaitu, penyelidikan, inovasi, penerbitan dan pengajaran serta menyediakan perkhidmatan ICT berprasarana bagi warga kampus.

Misi

Menjadi nadi yang menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat terkini bagi menyokong pendidikan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam membentuk warga UNIQSAAS yang terteknologi, berinovasi dan berinformasi.

Visi

Beriltizam untuk menjadikan UNIQSAAS sebuah Institusi Pendidikan yang menerajui penggunaan aplikasi informatik pendidikan yang terunggul dalam memenuhi keperluan sebagai Universiti.

Unit Rangkaian & Teknikal Operasi

Fungsi Unit

  • Membangun, melaksana, menyelenggara dan meningkatkan rangkaian seluruh kampus;
  • Menganalisa dan merancang keperluan rangkaian dan rangkaian tanpa wayar bagi menyokong proses teras UNIQSAAS.
  • Mengurus dan mengimplementasi keperluan rangkaian bermula daripada kajian keperluan rangkaian sehingga projek selesai dilaksanakan.
  • Memantau dan menyelenggara kebolehcapaian bagi perkakasan rangkaian wayar dan rangkaian tanpa wayar.
  • Merancang, mengawal dan melaksanakan data backup dan data recovery;
  • Mengurus dan mengawal aliran keluar masuk rangkaian.
  • Menyelenggara rangkaian di seluruh kampus UNIQSAAS.Mengurus pengoperasian Pusat Data/server;
  • Mengurus keselamatan siber daripada ancaman siber
  • Membangunkan, mengurus, menyelenggara dan meningkatkan keselamatan data, sistem dan rangkaian;
  • Merancang dan menyelenggara aktiviti sistem komunikasi;
  • Mengurus dan mentadbir aset ICT;
  • Memantau tahap penggunaan aset ICT;
  • Merancang dan menyelenggara aktiviti sistem pengkomputeran.

Unit Pembangunan Sistem & Aplikasi

Fungsi Unit

  • Memantau tahap pelaksanaan dan pengemaskinian sistem aplikasi;
  • Menguruskan, menyediakan dan menyelia kemudahan e-mail;
  • Membangun, mengurus, menyelenggara dan meningkatkan kemudahan perisian ICT;
  • Mengawal dan memantau pengoperasian sistem maklumat;
  • Merancang dan melaksana kajian keperluan dan pembangunan sistem maklumat bersepadu; dan
  • Menyediakan dan memberi latihan kepada pengguna sistem.
  • Mengurus dan menyelenggara laman web UNIQSAAS.
  • Melaksana proses audit, pemantauan keselamatan, mengenalpasti risiko ke atauinfrastruktur ICT seperti server, rangkaian, komputer dan aplikasi serta melaksanakanprogram kesedaran keselamatan ICT secara berkala untuk meningkatkan kualiti prasarana, aplikasi dan perkhidmatan ICT.
  • Mengkaji, merancang dan melaksanakan integrasi antara sistem aplikasi
  • Mengkaji, merancang dan menaik taraf aplikasi yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan teknologi semasa.

Unit Grafik

Fungsi Unit 

  • Memberi perkhidmatan reka bentuk (design), reka letak grafik (lay out), imbasan (scan,meliputi digital multimedia dan cetakan digital.
  • Memberi perkhidmatan reka bentuk kulit buku, buku, booklet, buletin buku aturcara danpelbagai reka bentuk penerbitan UNIQSAAS.
  • Memberi perkhidmatan berkonsepkan penerbitan dan pengeluaran secara digitaldaripada bentuk konvensional.
  • Memberi khidmat rekabentuk grafik dalam mempromosikan UNIQSAAS melalui infografikdan pelbagai bentuk terbitan bagi tujuan pemasaran.
Loading...