Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang
Canselori
Pelan Strategik
Kewujudan Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS) adalah merupakan titik tolak pertama ke arah pembangunan dan kemajuan pendidikan tinggi Islam di negeri ini. Sejarahnya bermula pada 27 Ogos 1996 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang meluluskan idea penubuhannya.
Nilai – Nilai Murni
TADABBUR
Teras pendidikan Tadabbur di Universiti al-Quran direalisasikan melalui pemerkasaan intelektual yang berpaksikan wahyu dan disokong oleh sistem pendidikan yang menyeluruh. Al-Quran diturunkan bukan sekadar untuk dibaca malah untuk ditadabbur iaitu direnungi secara mendalam agar makna dan hikmahnya dapat menyinari akal dan hati dalam membentuk keperibadian berteraskan petunjuk Ilahi. Bagi menjayakan agenda tersebut, Universiti al-Quran memainkan peranan strategik melalui pembangunan kurikulum yang menekankan elemen tadabbur penyediaan tenaga pengajar yang bercirikan Mufakkir Qurani serta jalinan kerjasama dengan institusi serantau dan antarabangsa yang mendukung agenda keilmuan Rabbani. Tadabbur diangkat sebagai asas pemikiran dan metodologi intelektual Islam yang menyepadukan ilmu naqli dan aqli ke arah melahirkan sarjana berfikrah, berakhlak dan berwawasan Rabbani.
TARBIAH
Teras pendidikan Tarbiah di Universiti al-Quran memberi tumpuan kepada usaha pemerkasaan pendidikan sebagai medium pembentukan sahsiah, akhlak dan jati diri insan melalui bimbingan wahyu. Al-Quran diturunkan dengan tujuan agar golongan Ulul Albab berfikir, memahami dan mengambil iktibar lalu berubah ke arah kebaikan. Inilah inti kepada konsep tarbiah yang sebenar iaitu proses menyucikan jiwa, membentuk pemikiran yang seimbang serta membina akhlak mulia berasaskan nilai-nilai Quranik. Dalam kerangka ini, Universiti al-Quran menjadikan tarbiah sebagai landasan utama dalam melahirkan warga universiti yang bukan sahaja cemerlang secara intelektual, bahkan juga beradab, berdisiplin dan memiliki jati diri Islam yang kukuh. Melalui pendekatan sedemikian, Universiti al-Quran akan menghasilkan para murabbi yang berperanan besar dalam membentuk insan Soleh Musleh.
TAJDID
Teras pendidikan Tajdid di Universiti al-Quran memfokuskan kepada usaha pembaharuan dalam kerangka syariat yang bersifat relevan dan dinamik mengikut tuntutan zaman. Tajdid bukan bermaksud merombak ajaran Islam, sebaliknya memperkukuh kefahaman dan pendekatan yang selaras dengan perkembangan semasa tanpa menyalahi prinsip wahyu. Golongan Ulul Albab memainkan peranan utama dalam misi ini dengan menggabungkan kebijaksanaan wahyu dan kepekaan terhadap realiti sosial serta intelektual. Berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah, mereka menjadi pemimpin perubahan yang berasaskan hikmah, hujah dan kesedaran moral yang bertujuan menjernihkan pemikiran umat Islam, menolak sikap kejumudan dan menyemarakkan semangat islah dalam masyarakat.
UNIQSAAS Bumi Barakah
Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat ke arah merealisasikan Pusat Islam sebagai pusat kecemerlangan syiar Islam. Mempertingkatkan pembelajaran keagamaan dalam kalangan AKU dan komuniti. Menganjurkan program dan aktiviti pendidikan, keilmuan dan kerohanian yang memberi impak kepada komuniti. Mempertingkatkan jumlah Kelas Pengajian dan Program Ilmiah. Menambahbaik kemudahan infrastruktur melalui pembinaan Pondok Wakaf, Pusat Digital Masjid dan Kelas Pengajian
Ilmiah.
Fasiliti
Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) mempunyai penyelesaian terbaik untuk anda. Ruang untuk seminar, latihan, perkahwinan, makan malam, re-union dan juga perlbagai kemudahan seukan serta penginapan teleh tersedia untuk anda.
Kami menawarkan fasiliti serba lengkap dengan setiap satunya dikelilingi oleh persekitaran yang menarik. Ruang meletak kenderaan disetiap lokasi fasiliti juga jauh lebih dari mencukupi. kami juga mempunyai kemudahan masjid yang tersergam dan ianya cukup sesuai untuk anda bersolat sambil merehatkan diri sebelum berprogram semula.
Kami mempunyai hampir segalanya hanya dalam satu lokasi. Hubungi kami ditalian 09 553 5555 atau layari laman web kami www.uniqsaas.edu.my untuk kami ketahui segala keperluan program anda.

